6 Prinsip Menangkis Kekeliruan dalam Tauhid Go to product page

RM10.00
Judul: 6 Prinsip Menangkis Kekeliruan dalam Tauhid
Judul Asal (Arab): Sittatul Usul
Penulis: Imam Ad-Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Peterjemah & Komentar: Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resources
Muka Surat: 60 m/s
Berat: 102g

Kitab Sittatul Usul karangan ulama besar kurun ke-12 Hijrah, Asy-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi rahmatullahi 'alaih yang diterjemah dan diberi komentar ringkas ini membahaskan 6 prinsip yang jika difahami dengan betul akan menangkis banyak syubhat-syubhat yang boleh merosakkan Akidah berkaitan Tauhid Ibadah.

6 prinsip ini bukanlah rekaan akal atau qiyas logik Greek Kuno atau ijtihad sendiri penulis, namun 6 prinsip ini diistinbat dan dikeluarkan hasil penelitian dan tadabbur terhadap isi Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman generasi As-Salaf As-Soleh, Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Isu-isu yang mengelirukan seperti 'meminta madad (pertolongan)' daripada orang mati, kedudukan wali, mafhum syirik dan lain-lain dapat dirungkai dengan benar sesuai dengan kefahaman Ahlus Sunnah wal Jama'ah dengan memahani 6 prinsip ini, insyaAllah.