Ajaran Mazhab Imam As-Syafi'i yang Ditinggalkan Go to product page

RM70.00

Judul: Ajaran Madzhab Imam Asy-Syafi'i yang Ditinggalkan
Penulis: Ustaz Firanda Andirja Abidin, Lc., M.A.
Penerbit: Nasirus Sunnah
Muka Surat: 107 m/s
Berat: 670g


     Majoriti masyarakat rantau Asia Tenggara menyandarkan kepada mazhab Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'i rahimahullah, seorang imam yang digelar Nasirus Sunnah (Pembela Sunnah Nabi), sehingga dalam kitab-kitab beliau seperti Al-Umm dan Ar-Risalah, sangat jelas sikap beliau dalam membela sunnah dan membantah orang yang meninggalkan sunnah. Demikian juga sama sekali kita tidak temukan bid'ah-bid'ah dalam kitab beliau.

    Ironinya, kita dapati banyak ajaran-ajaran Imam As-Syafi'i ditinggalkan oleh sebahagian masyarakat kita yang mengaku bahkan fanatik terhadap mazhab Syafi'i. Bahkan mereka terjerumus dalam amal ibadah dan juga keyakinan akidah yang bertentangan dengan akidah Imam Syafi'i.

   Apa yang dibawakan penulis dalam buku ini merupakan usaha kecil untuk mengembalikan sebahagian kaum Muslimin kepada kemurnian ajaran-ajaran Islam yang telah diikuti oleh para ulama, antaranya Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'i. Dengan harapan, penyandaran mereka terhadap mazhab Syafi'i bukan sekadar omongan kosong daripada hakikat.


Antara Isi Kandungan Menarik:
=> Memanjangkan Janggut
=> Haramnya Muzik
=> Memakai Niqab
=> Haramnya Rokok
=> Celaan ke atas Fanatik Mazhab
=> Larangan Mengagungkan Kubur
=> Upacara Tahlil adalah Bid'ah
=> Kepercayaan Allah di atas Langit
=> Sedekah Pahala Bacaan Al-Quran kepada Si Mati
=> Akidah Syi'ah
=> Ilmu Falsafah
=> Akal & Wahyu
=> Al-Quran Kalam Allah, Bukan Makhluk
=> Keberkatan yang Tidak Syar'i
=> Ucapan Selamat pada Perayaan Orang Bukan Islam
=> Celaan Terhadap Sufi Ekstrim
=> Wali Gadungan
=> Menjadikan Mimpi Sebagai Dalil