Al-Ibanah, Buku Putih Imam Al-Asy'ari Go to product page

RM20.00

Judul: Al-Ibanah, Buku Putih Imam Al-Asy'ari
Judul Asal (Arab): Al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah
Penulis: Imam Abul Hasan Al-Asy'ari (wafat: 324 H)
Penerbit: Pustaka At-Tibyan
Berat: 300g
Muka Surat: 242 m/s

    Al-Ibanah adalah sebuah buku yang berisi penjelasan akidah Salaf Ahli Hadis yang ditulis oleh Imam Abul Hasan Al-Asy'ari setelah beliau bertaubat dari pemikiran Muktazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anut selama 40 tahun. Selepas peristiwa mengejutkan di Masjid Jami' Kota Basrah, saat beliau melepaskan jubahnya sambil berkata:

"Aku melepaskan seluruh akidah yang ku yakini dahulu seperti aku melepaskan jubah ini!"

    Beliau terus aktif menulis bantahan terhadap pemikiran akidah kaum Muktazilah. Salah satu di antara karya beliau adalah buku yang tertera di skrin anda ini, Al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah.

    Penisbahan buku ini kepada beliau juga sempat menimbulkan kontroversi. Sebahagian orang yang jahil dan diselimuti sikap fanatik buta menolak penisbahan buku ini kepada beliau. Namun, mengingkari penisbahan buku ini kepada beliau sama seperti mengingkari keberadaan matahari pada waktu siang yang cerah tanpa ditutup oleh awan! Para ulama keempat-empat mazhab sepakat menyatakan bahawa buku ini adalah tulisan beliau, antaranya:

  • Ibnu Farhuun Al-Maaliki
  • Abul Falaah Abdul Hayy bin Al-'Imaad Al-Hanbali
  • Abul Qasim Abdul Malik bin Isa bin Darbaas Asy-Syafi'i
  • dan lain-lain.
Begitu juga buku-buku lain yang ditulis setelah beliau bertaubat, seperti:

  • Al-Maqaalat Al-Islamiyyin
  • Al-Luma'
  • Tafsir Al-Mukhtazin
  • Al-Fushul fir Radd 'Alaa Al-Mulhidin wal Khaarijin Minal Millah
    Buku ini membuktikan kepada kita kebenaran taubat Imam Abul Hasan Al-Asy'ari daripada pemikiran Muktazilah dan bukti bahawa beliau adalah seorang pengikut manhaj salaf yang sejati.