Aqidah Islamiyyah daripada Al-Kitab dan As-Sunnah yang Sahih

Aqidah Islamiyyah daripada Al-Kitab dan As-Sunnah yang Sahih

RM15.00

Judul: Aqidah Islamiyyah daripada Al-Kitab dan As-Sunnah yang Sahih
Penulis: Sheikh Muhammad Jamil Zienu
Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (BPPI)
Muka Surat: 107 m/s

     Inilah dia akidah (Ahli Sunnah Wal Jamaah) kesemua orang Islam, baik ketika senang atau runsing, yang paling penting untuk dirinya adalah akidah.

     Buku Aqidah Islamiyyah ini adalah ringkas dan tepat dengan cara soal jawab yang berjumlah 66 soalan. Jawapannya diberi berdalil dengan Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahih yang masyhur. Yang paling penting di dalam rangka aqidah pula adalah tauhid. Keimanan seseorang itu bergantung kepada kemurnian tauhidnya. Kesemua para Rasul (a.s.) telah diutuskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala untuk memurnikan tauhid.

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berada di Mekah selama 13 tahun menyeru manusia kepada mengesakan Allah subhanahu wa ta'ala dalam ibadah. Hamba hanya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa tanpa mempersekutukannya:

    "Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah, maka janganlah berdoa kepada sesiapa pun di samping Allah."


Antara Isi Kandungan Menarik:
=> Rukun-rukun Islam
=> Rukun-rukun Iman
=> Hak Allah Terhadap Hamba-hambanya
=> Jenis dan Faedah Tauhid
=> Syarat-syarat Amal Diterima
=> Syirik Besar
=> Siapakah Ahli Tauhid?
=> Syirik Kecil dan Jenis-jenisnya
=> Tawasul dan Permintaan Syafaat
=> Jihad, Al-Wala' (Kesetiaan) dan Hukum (Undang-undang)
=> Beramal dengan Al-Quran dan Hadis
=> As-Sunnah dan Bid'ah serta Jenis-jenis Bid'ah
=> Bilakah Orang Islam Ditolong?
=> Doa Istikharah
=> Doa Asy-Syifa
=> Doa yang Mustajab
=> Jangan Berdoa kepada Selain Allah
=> Inilah Dia Akidah (ASWJ)

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good