Bagaimana Seharusnya Kita Mentafsirkan Al-Quran?

Bagaimana Seharusnya Kita Mentafsirkan Al-Quran?

RM10.00
Secara ringkasnya, buku ini merupakan salinan teks daripada beberapa sesi soal jawab di antara Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani bersama anak-anak muridnya di dalam beberapa sesi majlis ilmu. Soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah daripada mereka yang menghariri kuliahnya dan beliau menjawab soalan-soalan tersebut. Setelah rakaman soal jawab itu ditulis di dalam bentuk teks, teks itu diserahkan kepada beliau supaya dibuat beberapa penjelasan ringkas dan pembetulan daripada teks asal.

Risalah ringkas ini menerangkan secara ringkas tetapi terperinci tentang kaedah-kaedah yang tepat untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Hal ini kerana terlalu banyak penafsiran al-Quran yang salah dan tidak menepati disiplin ilmu tafsir al-Quran yang dilakukan oleh mereka yang tidak menguasai ilmu tafsir al-Quran atau mereka yang sengaja memutarbelitkan kaedah-kaedah penafsiran al-Quran agar mereka boleh meletakkan justifikasi terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang jelas melanggar syarak.

Risalah ini mengandungi tafsiran secara ringkas ayat-ayat al-Quran yang secara zahirnya dilihat bercanggah, namun apabila dijelaskan tentang kaedah penafsiran yang tepat, maka pada hakikatnya tidaklah bercanggah. Selain itu, risalah ini juga mengandungi beberapa penjelasan tentang hukum hakam terhadap permasalahan yang berkaitan dengan al-Quran. Selain itu juga, risalah ini mengandungi tafsiran-tafsiran terhadap ayat-ayat yang terpilih bedasarkan soalan yang diajukan oleh penanya kepada Syaikh al-Albani. Risalah ini juga mengandungi jawapan kepada syubahat yang dibawa oleh golongan yang menyeleweng, khususnya di dalam risalah ini merupakan jawapan kepada golongan anti-hadis (Quraniyyun).

Kesimpulannya, buku ini menjelaskan secara ringkas tentang kaedah-kaedah penafsiran al-Quran (Usul Tafsir) dan buku ini adalah sebuah permata yang berharga bagi mereka yang dahagakan ilmu agama.

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good