Bid'ah Memberi Dan Menerima Upah Membaca Al-Quran

Bid'ah Memberi Dan Menerima Upah Membaca Al-Quran

RM15.00

Judul: Bid'ah Memberi Dan Menerima Upah Membaca Al-Quran
Penulis: Ust. Rasul bin Dahri
Penerbit: Ummi International Pte. Ltd.
Berat: 140 gram
Muka Surat: 93 m/s (Soft Cover)

    Di akhir zaman seperti sekarang ini telah terlalu banyak terjadinya amalan-amalan bid’ah yang ianya akan terus bermunculan. Hal ini tidak mustahil terjadi kerana telah dikhabarkan oleh Rasulullah ﷺ walaupun telah diberi amaran dan ancaman oleh baginda tentang haram dan sesatnya perbuatan bid’ah tersebut.

    Oleh itu para ulama wajib terus-menerus memberi nasihat kepada umat Islam agar mereka menggeruni dan takut sehingga mereka benar-benar meninggalkan setiap amalan dan perkara yang dihukum bid’ah menurut landasan syarak.

    Tulisan ini diusahakan oleh penulis agar orang-orang yang beriman menjauhi dan meninggalkan suatu amalan bid’ah yang antaranya baru sahaja muncul di kalangan masyarakat kita iaitu bid’ah yang berupa: Mengambil upah atau memberi upah kepada pembaca al-Quran. Tulisan ini juga berupa nasihat ikhlas dari penulis yang dipenuhi dengan hujah berupa dalil-dalil daripada al-Quran, as-Sunnah (hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa dari para ulama muktabar.

    Penulis panjatkan doa semoga dengan melayari tulisan ini para pembaca budiman yang dimuliakan diberi oleh Allah سبحانه و تعالى kemampuan dan kemudahan untuk memahami segala isi kandungannya sehingga dapat mengambil manfaat, iktibar dan ilmu yang boleh menjadi senjata untuk melawan ancaman bid’ah sepertimana perbuatan bid’ah yang telah dikupas di dalam tulisan ini.

Antara Daftar Isi:

=> Haram Memberi Upah Kepada Pembaca Al-Quran
=> Memberi Atau Mengambil Upah Mengkhatamkan Al-Quran
=> Fatwa Para Ulama Ahli Sunnah Tentang Upah Bacaan di Kuburan
=> Haram Mengambil Upah Hasil Dari Membaca Al-Quran
=> Mengupah Baca Al-Quran Untuk Si Mati
=> Fatwa Para Ulama Ahli Sunnah
=> Menjual Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Harga Yang Murah
=> Membaca Seiring Beramai-Ramai Berpadu Suara
=> Upah Meruqyah (Menjampi) Dengan Ayat-Ayat Al-Quran
=> Mengambil Atau Memberi Upah Mengajarkan Al-Quran

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good