Canda Nabi dan Orang-Orang Shalih Go to product page

  • Product Code: BL-0007
  • Availability: In Stock
RM14.00

Judul: Canda Nabi dan Orang-Orang Shalih
Penulis: As-Sayyid bin Ahmad Hamudah
Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i
Muka Surat: 132 m/s (Soft Cover)
Berat: 193 gram

     Hidup ini terasa hambar dan sunyi tanpa humor dan jenaka. Sebagai pelengkap kepada interaksi sosial, kehadiran jenaka seperti garam dalam masakan; harus diletakkan secara berkadaran. Sesungguhnya bergurau  dapat menjadi alat pengerat persahabatan, penghibur kedukaan, dan perkara-perkara positif yang lain. Selain itu, berguraunya seorang Muslim harus bernilai ibadah di sisi Allah. Kerananya, jenaka harus sesuai dengan syari’at Islam, serta harus dilakukan dalam tahap kuantiti, kualiti dan penyajian tertentu sehingga menjadi penambah perisa kehidupan.

     Buku ini hadir untuk menyempurnakan sekaligus mengafdhalkan jenaka-jenaka kita. Pemaparannya yang mudah akan menyedarkan kita bahawa jenaka di dalam Islam tidak selalu sinonim dengan ketawa dan jenaka, apalagi suka bermain, tetapi tertanam juga hikmah, kebenaran, dan kebijaksanaan. Perbincangan demi perbincangan akan membimbing kita kepada konsep jenaka yang bernilai ibadah di sisi-Nya. Isi kandungannya dilengkapi dengan penjelasan konsep jenaka di dalam Islam, jenis-jenis jenaka, kaedah-kaedah dalam berjenaka, serta potret jenaka Nabi ﷺ, Sahabat, dan imam-imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah sejak dahulu hingga sekarang. Begitu pula fatwa-fatwa berkaitan sebahagian jenaka yang biasa dilakukan dan pendedahan kepada hadis-hadis lemah seputar jenaka yang dinisbatkan kepada baginda Rasulullah ﷺ.

     Dengan membaca buku ini, kita akan memahami jenaka secara komprehensif. Sehingga kita dapat memilih mana jenaka yang sekadar, mana jenaka yang harus ditinggalkan, dan mana jenaka yang sesuai diucapkan. Dengan pemahaman ini, Insya Allah ucapan dan perbuatan kita lebih terjaga.

Daftar Isi:
=> Muqaddimah 
=> Canda Dalam Syari’at Islam
=> Beberapa Potret Canda Nabi dan Jenis-Jenisnya
=> Canda Para Sahabat Kepada Nabi
=> Beberapa Potret Canda Generasi Salaf
=> Beberapa Canda dan Kisah Menarik Para Ulama Abad Ini
=> Canda Yang Diharamkan
=> Dampak Bercanda
=> Kaedah-Kaedah Bercanda
=> Keburukkan dan Manfaat Canda
=> Mengubati Penyakit Suka Bercanda
=> Fatwa-Fatwa Seputar Bercanda
=> Hadis-Hadis Dhaif Popular Mengenai Bercanda
=> Khatimah