Dasar Privasi

Maklumat & Keselamatan

Segala maklumat pelanggan yang telah didaftarkan akan kami pastikan berada dalam keadaan selamat dan dijaga sebagai suatu amanah privasi polisi syarikat kami. Pastikan anda menyimpan setiap butiran pertanyaan, pembelian, bayaran, emel, atau slip bank untuk semakan dan rujukan di masa hadapan jika diperlukan.

Item Bermasalah & Pertukaran

Jika buku (atau item) yang diterima oleh anda dalam keadaan rosak seperti muka surat yang hilang, koyak atau tercabut (dengan sebab kesilapan di pihak kami), maka kami sedia menukarnya dengan yang baru dengan syarat buku (atau item) tersebut dikembalikan semula kepada kami. Sekiranya melalui pos, maka kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan.

Adapun jika kerosakan adalah ketika dalam fasa penghantaran oleh pihak courier (Pos Malaysia), maka penukaran item adalah berdasarkan pertimbangan di pihak kami.

Maklumat Tempahan

Anda boleh membuat tempahan atau pembelian dengan mengikuti langkah-langkah yang tersedia ketika proses membeli dan membayar. Ini boleh disemak di bahagian “Cara Membuat Pembelian” dan “Maklumat Penghantaran”.

Harga, Promosi & Pembayaran

Harga item yang tertera di laman web kami tertakluk kepada perubahan semasa. Selain harga di laman web, pelanggan juga boleh merujuk (atau menyemak) senarai harga melalui invois, emel, sms, telefon, pertanyaan, atau resit yang dikirimkan bersama melalui emel atau item yang diposkan ke alamat masing-masing.

Promosi tertakluk kepada waktu dan persetujuan.

Kami menyediakan 3 kaedah pembayaran,

  1. Bank transfer
  2. Credit Card / Direct Debit (via eGHL)
  3. Paypal

Sila ke bahagian  “Cara Membuat Pembelian” untuk mengetahui cara pembayaran ini dengan lebih lanjut.

Menyemak Pesanan

Anda boleh melihat atau menyemak pesanan yang dibuat dengan “Login” ke dalam akaun yang telah didaftarkan di laman web kami (www.pustakailmusalaf.com).

Boleh juga hubungi kami untuk dapatkan no. rujukan pengeposan item.

Kemaskini Akaun dan Data Peribadi

Maklumat penting seperti nama, alamat, dan no. telefon amat perlu bagi proses penghantaran dan komunikasi. Dengan itu, diharapkan para pelanggan sentiasa memastikan maklumat yang dimasukkan atau didaftarkan ke dalam akaun kami adalah tepat. Jika terdapat sebarang kesalahan dan pembetulan, anda boleh mengemaskini-kan-nya dengan cara “Login” ke laman web kami dan ikut arahan yang tertera.

Terima Kasih kerana memilih perkhidmatan kami.
Barakallahu fiikum.