Ensiklopedia Bid’ah

Ensiklopedia Bid’ah

RM46.00
  • Product Code: BL-0030
  • Availability: In Stock

Judul: Ensiklopedia Bid’ah
Penulis: Hammud bin Abdullah al-Mathar
Penerbit: Darul Haq
Muka Surat: 540 m/s (Hard Cover)
Berat: 994gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 24.3cm x 16.8cm x 3.1cm 

     Hudzaifah Ibnu al-Yaman, seorang sahabat yang dikenal sebagai penjaga rahsia Nabi
pernah berkata, “Di saat kebanyakan manusia bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan, aku malah bertanya kepada beliau tentang keburukan, kerana aku takut akan terperosok ke dalamnya.” Setelah pemergian beliau ﷺ, kita melihat ramai manusia terperosok ke jurang kesesatan, kerana mereka hanya belajar tentang pintu-pintu kebajikan semata, namun melupakan pengetahuan tentang jurang-jurang kesesatan.

     Lalu bagaimana dengan bid’ah dan keberadaannya bagaikan hembusan angin yang tidak disekat oleh ruang dan waktu? Perbuatan ini lebih disenangi dan dicintai oleh syaitan daripada perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar. Kerana pelaku maksiat sangat mungkin untuk bertaubat, dan mengetahui bahawa itu adalah perbuatan dosa. Adapun pelaku bid’ah, ia telah terkecoh dengan ramainya manusia yang melakukan bid’ah tersebut sehingga ia beranggapan bahawa perbuatan itu adalah suatu kebenaran. Sungguh indah senandung syair yang berbunyi, “Aku mengetahui keburukan bukan untuk menceburkan diri ke dalamnya, namun untuk menghindar darinya. Barangsiapa yang tidak mengetahui keburukan, nescaya dia akan terjatuh ke dalamnya.”

     Buku ini menjelaskan selok-belok pelbagai macam bid’ah yang terjadi di setiap penjuru bumi. Dikemas dalam bentuk tanya jawab sehingga seolah pembaca berdialog dengan seorang guru. Penjelasan ini akan membuat anda mengetahui dan mengenal ragam bid’ah sehingga anda tidak terperosok ke dalamnya, bi idznillah. Maka, berhati-hatilah dan jangan jadikan diri anda sebagai buruan yang masuk ke dalam perangkap syaitan, sehingga anda akan menjadi teman setianya di neraka.

Antara Isi Kandungan:
=> Kewajiban Berpegang Teguh kepada As-Sunnah dan Waspada Terhadap Bid’ah
=> Bahaya Bid’ah
=> Tanda-Tanda Ahli Bid’ah dan Beberapa Golongan Mereka
=> Perbandingan Antara Tokoh-Tokoh Ahli Bid’ah
=> Definisi Bid’ah
=> Fatwa-Fatwa Tentang Pengertian Bid’ah, Kriteria, Pembahagian & Sikap Terhadap Ahli Bid’ah Serta Cara Membantah Mereka
=> Ruang Lingkup Bid’ah
=> Azan
=> Korban
=> Perayaan
=> Nasyid Islami
=> Bangunan
=> Ucapan Selamat atau Penghormatan
=> Mengusap dan Mencari Berkah
=> Tawasul
=> Seputar Jenazah
=> Haji dan Umrah
=> Penangkal
=> Khuruj (Pergi Berdakwah)
=> Doa dan Zikir
=> Zakat
=> Pernikahan
=> Ucapan Salam dan Jabat Tangan
=> Sedekah
=> Solat
=> Puasa
=> Al-Qur’an
=> Malam dan Siang
=> Maulid (Peringatan Hari Kelahiran)
=> Wuduk
=> Penutup

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good