Himpunan Amalan Sedikit Pahala Banyak & Amalan Penghapus Dosa Go to product page

RM10.00

Judul: Himpunan Amalan Sedikit Pahala Banyak & Amalan Penghapus Dosa
Penulis: Dr. Fadlan Bin Mohd Othman
Penerbit: Bayyinah Enterprise
Muka Surat: 103 m/s (Soft Cover)
Berat: 197gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 20.9cm x 14.8cm x 0.6cm


     Dunia ini adalah tempat mengumpul dan memperbanyakkan bekalan amalan salih agar seseorang insan itu tenang dan senang selepas kematiannya. Cita-cita asasi seorang Muslim ialah untuk keluar dari dunia ini dalam keadaan ALLAH Ta'ala mengampunkan segala dosa-dosanya tanpa perlu disoal lagi di akhirat kelak. Juga agar dia dimasukkan ke dalam syurga untuk kekal di dalamnya.

     Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah memberitahu kepada kita semua bahawa had umur umatnya adalah di antara 60 hingga 70, tidak seperti umur umat-umat terdahulu. Akan tetapi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga telah menunjukkan kepada umatnya amalan-amalan dan kata-kata yang sedikit dan mudah tetapi mengandungi pahala yang besar di samping amalan-amalan yang menghapuskan dosa. 

     Buku ini bertujuan menyatakan sebanyak mungkin amalan mudah dan berkualiti tinggi di sisi ALLAH Ta'ala di samping menghimpunkan seratus amalan yang menambah pahala dan menghapus dosa dengan ringkas bersama dalilnya daripada Al-Quran dan juga al-Hadis yang sahih dan hasan.

     Semoga ALLAH memberi taufiq-Nya ke arah setiap kebaikan dan menerima amalan salih kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Antara Isi Kandungan Menarik:
=> ILMU
=> Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu
=> AZAN
=> Membaca Doa Selepas Mendengar Azan
=> WUDHUK
=> Mengambil Wudhuk Dengan Baik
=> SOLAT
=> Solat Jumaat
=> Solat Lima Waktu
=> Solat Sunat Di Rumah
=> Solat Dhuha
=> Solat Malam
=> MASJID
=> Pergi Ke Masjid
=> PUASA
=> Puasa Ramadhan
=> Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
=> INFAQ
=> Memberi Sedekah
=> Membelanjakan Harta Di Jalan Allah
=> JIHAD
=> Menjaga Sempadan
=> BUDI PEKERTI MULIA
=> Cinta Kerana Allah 
=> Rendah Diri
=> Berakhlak Mulia
=> HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA
=> Menutup Aib Manusia
=> Ziarah Saudara Seagama
=> Menziarahi Orang Sakit
=> BERURUSAN DENGAN BINATANG
=> Pahala Bunuh Cicak
=> UMRAH DAN HAJI
=> Membuat Umrah di Bulan Ramadhan
=> BULAN ZUL HIJJAH
=> ISTIGHFAR, DOA DAN ZIKIR
=> Penghulu Istighfar 
=> Berselawat Ke Atas Nabi
=> Zikir Berganda 
=> Memberi Salam
=> MENGHULURKAN BANTUAN
=> Membuat Kebajikan
=> DAKWAH
=> Berdakwah Dan Menyeru Kepada Kebaikan
=> AL-QURAN 
=> Ayat al-Kursi
=> Surah Al-Baqarah 
=> BERSABAR DI ATAS KEBENARAN
=> RUJUKAN
=> Bonus