Inilah Wahhabi Yang Sebenar-Benarnya Wahhabi Go to product page

  • Product Code: URD-0003
  • Availability: Out Of Stock
RM60.00

Judul: Inilah Wahhabi yang Sebenar-Benarnya Wahhabi
Penulis: Ustaz Rasul bin Dahri
Penerbit: Ummi International Pte. Ltd.
Muka Surat: 395 m/s (Hard Cover)
Berat: 740gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 21.5cm x 15.5cm x 2.6cm

     
ALLAH telah melarang orang-orang beriman dari melaqab (memberi gelaran) orang-orang beriman yang lain dengan laqab yang ia tidak sukai, terutama jika di dalam penamaan (gelaran) tersebut ada unsur-unsur yang negatif, penghinaan dan juga sangat dilarang (haram) jika sampai ke tahap tuduhan sesat atau kafir.

     
Begitulah tuduhan atau gelaran Wahhabi yang dilemparkan terhadap golongan yang dengan jelasnya kembali kepada pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh yang mereka juga mengakui diri mereka sebagai Salafi atau Salafiyun.

     
Buku ini menyingkap sikap Ahli Bid’ah yang suka memberi gelaran Wahhabi kepada golongan yang menamakan jamaah mereka sebagai jamaah Salafi atau Salafiyyah kerana pada golongan jamaah (Salafi) terdapat kelainan pada beberapa cara pengamalan ibadah yang mereka amalkan.

     
Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam memahami dan mengenal siapakah Wahhabi yang sebenar-benarnya Wahhabi agar tidak berpecah-belah dengan menuduh golongan umat Islam yang tidak sealiran dengan fahamannya dengan tuduhan buruk yang tidak diizinkan oleh ALLAH dan Rasul.

Antara Isi Kandungan:
=> Bahagian 1: Inilah Wahhabi yang Sebenar-Benarnya Wahhabi
=> (1) Kenali Wahhabi & Wahhabiyyah Sebenar 
=> (2) Negeri Timbulnya Wahhabi
=> (3) Wahhabi Punca Kejatuhan Kerajaan Uthamniyah
=> (4) Persamaan Akidah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Imam-Imam Muktabar
=> (5) Musyabbihah dan Mujassimah
=> (6) Ziarah Kubur
=> (7) Menafikan Allah di Langit 
=> (8) Sufi & Tasawuf
=> Bahagian 2: Perintah Nabi atau Perintah Wahhabi
=> (1) Mengkhususkan Bacaan Surah Yasin 
=> (2) Meratakan Saf (Barisan) Solat
=> (3) Kedudukan Imam & Makmum Jika Solat Berdua
=> (4) Menggerak-Gerakkan Jari Telunjuk
=> (5) Isbal (Melabuhkan Pakaian)
=> (6) Subhah (Biji-Biji Tasbih)
=> (7) Zikir Berjamaah
=> (8) Solat Dua Hari Raya di Musalla (Tanah Lapang)
=> (9) Solat Hajat