Komentar Ringkas atas Risalah : "Nawaqidul Islam (Pembatal Islam)" Go to product page

Komentar Ringkas atas Risalah : "Nawaqidul Islam (Pembatal Islam)"
RM10.00

Judul: Komentar Ringkas atas Risalah : "Nawaqidul Islam (Pembatal Islam)" | Judul Asal (‘Arab): Nawaqidul Islam | Penulis: Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Al-Tamimi | Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf | Penterjemah: Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri | Muka Surat: 64 m/s (Soft cover)


Mengenal Penulis Kitab

Beliau adalah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bin Sulaiman At-Tamimi An-Najdi.

Dilahirkan pada tahun 1115H / 1703M di negeri Al-‘Uyainah, Najd. Memulakan pelajaran beliau dengan bapa beliau sendiri, iaitu Asy-Syaikh ‘Abdul Wahhab bin Sulaiman di mana bapa beliau adalah Qadhi di negeri ‘Uyainah.

Kemudian beliau melakukan rehlah ‘ilmiah ke beberapa negeri:

1, Hijaz iaitu Makkah dan Madinah. Di Madinah, beliau telah berguru dengan beberapa Ulama yang masyhur, antaranya: Syaikh ‘Abdullah bin Ibrahim bin Saif An-Najdi dan Syaikh Muhammad Hayat As-Sindi.

2, Bashrah: beliau menziarahi Bashrah (Iraq) beberapa kali dan berguru dengan Ulama terkenal di Shan’a, iaitu Muhammad Al-Majmu’ie Al-Bashri.

3, Al-Ahsa’: di Al-Ahsa’ beliau telah melazimi Syaikh ‘Abdullah bin Fairuz dan Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abdul Lathif Asy-Syafi’ie Al-Ahsaie.

Kemudiannya setelah pulang dari menuntut ilmu beliau menzahirkan dakwah kepada ALLAH dan menegakkan Tauhid di negeri Huraimila’ kerana ayah beliau ditukar menjadi Qadhi di negeri tersebut sehingga wafatnya ayah beliau, beliau kembali ke ‘Uyainah kemudian berpindah ke Dir’iyyah pada 1158H lalu termeterai perjanjian dan bai’at antara beliau dengan pemerintah Dir’iyyah; Al-Amir Muhammad bin Su’ud.

Beliau wafat pada tahun 1206H setelah dakwah beliau tersebar ke seluruh negeri Najd di bawah naungan Daulah Sa’udiyyah dan meninggalkan beberapa karya ilmiah yang sangat berharga antaranya: Kitab At-Tauhid allazi Huwa Haqqullah ‘alal ‘AbidKasyf Asy-Syubuhat, dan risalah kita ini: Nawaqidhul Islaam.

Muallaf / Kitab

Risalah kecil ini diberi nama: Nawaqidhul Islaam yakni perkara-perkara yang membatalkan Islam yang menjadikan pelakunya murtad dan terkeluar dari Islam. Risalah ini menjelaskan 10 perkara yang membatalkan Islam dan pengarangnya; Syaikh Muhammad –rahimullah- menyenaraikan 10 perkara penting sahaja dari pembatal-pembatal ke-islaman iaitu yang banyak berlaku dalam masyarakat. Adapun perkara-perkara yang membatalkan ke-islaman tersebut secara menyeluruh lebih banyak lagi dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh dan kitab-kitab khusus yang lebih luas lagi perbahasannya.

Pendahuluan

Maksud Nawaqidh (kalimah plural bagi) iaitulah kata pembuat bagi kata kerja: yang membawa maksud membatalkan sesuatu dan meruntuhkannya.

Maka maksud Nawaqhidul Islaam adalah perkara yang membatalkan dan meruntuhkan ke-Islaman seseorang setelah dia sebelumnya seorang Muslim. Dalam istilah fuqaha’ disebut sebagai (Ar-Riddah) dan pelakunya disebut (Murtad).

Kata Taqiyyuddin Al-Hisni –rahimullah- (Wafat: 829H):

Maksudnya: “Ar-Riddah dari segi bahasa: Kembali dari sesuatu kepada selainnya ... ataupun dari segi Syarak: “Kembali dari Islam kepada Kufur dan memutuskan ke-Islaman, ia berlaku sama ada dengan perkataan atau perbuatan  atau  iktikad.” [Kifayatul Akhyar, m/s.650]

Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah telah ijma’ bahawa seorang muslim itu boleh kembali menjadi kufur –na’uzubillahi min zalik- sama ada dengan: Perkataan atau Perbuatan atau Iktiqad. Ini berdasarkan kesepakatan mereka bahawa Iman itu adalah: Perkataan dan Perbuatan; perkataan Hati dan Lisan, Perbuatan Hati dan anggota badan.

Ulama Ahlus Sunnah juga bersepakat bahawa mereka yang murtad –na’uzubillah min zalik- wajib dihukum bunuh oleh pemerintah Islam sebagai Had atasnya. Kata Al-Wazir Ibn Hubairah –rahimullah- (Wafat: 560H):

Maksudnya: “Dan mereka (iman mazhab yang 4) telah bersepakat bahawa seorang yang murtad wajib dibunuh.” [Ijma’ Al-A’immah Al-Arba’ah wa Ikhtilafihim, 2/322]

Berkata Al-Imam Ibn Qudamah –rahimullah- (w.620H):

Maksudnya: “Dan telah bersepakat Ahli Ilmu bahawa wajib membunuh orang yang murtad.” [Al-Mughni, 9/3]

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” [HR Al-Bukhari]

Perlu difahami bahawa Ulama telah bersepakat hukuman bagi seorang murtad adalah dibunuh namun mereka berbeza pandangan dalam perincian masalah ini seperti: adakah hukuman ini merangkumi wanita atau khusus bagi lelaki? Adakah wajib disuruh bertaubat dahulu atau tidak? Dan lain-lain.

Kata Muallif –rahimahullah-:

Ketahuilah olehmu bahawa perkara-perkara yang membatalkan Islam itu ada 10 perkara:

Komentar:

Maksud penulis dengan “10 perkara pembatal ke-Islaman” tersebut adalah merujuk yang pembatal yang paling penting dan paling bahaya yang banyak berlaku dalam masyarakat di zaman beliau bahkan sehingga ke zaman kita ini.

Jika diperhatikan dan diteliti baik-baik, kebanyakan pembatal ke-Islaman yang disebutkan oleh Syaikh ini memang benar-benar yang paling banyak berlaku dan berlegar di tengah-tengah masyarakat kita hari ini.

Sama-sama kita tela’ah dan pelajari risalah ini...