Membungkam Pemuja Kubur Go to product page

RM13.00
Judul: Ulama Ahli Bait Membungkam Pemuja Kubur Menggunakan Dalil Al-Quran & As-Sunnah
Judul Asal (Arab): Tathirul I'tiqad 'an Adranil Ilhad
Penulis: Al-Imam Al-Amir Muhammad bin Ismail As-Son'ani rahimahullah (Pengarang kitab Subulus Salam, Syarah Bulughul Maram)
Peterjemah & Komentar: Ustaz Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resources
Muka Surat: 91 m/s
Berat: 150g

Ini merupakan(kitab) "Tathir Al-`Itiqad `an Adran Al-Ilhaad" yang menjadi kewajipan ke atasku untuk menulisnya, dan telah menjadi tugasku untuk menggalas beban ini kerana apa yang aku telah lihat dan mengetahuinya dengan penuh yakin, setelah tersebarnya perbuatan hamba-hamba yang menjadikan sekutu-sekutu di kota-kota,kampung-kampung dan segenap negeri, baik di Yaman, Syam, Mesir, Najd, Tihamah dan kesemua negara-negara Islam iaitu kepercayaan terhadap kubur, dan keyakinan terhadap orang-orang yang hidup iaitu dari kalangan mereka yang mendakwa mempunyai pengetahuan berkenaan ilmu ghaib dan al-mukasyafaat (penyingkapan terhadap urusan ghaib).... Ia merupakan kewajipan ke atasku untuk mengingkari apa yang telah Allah wajibkan untuk mengingkarinya, dan aku bukanlah termasuk dari kalangan mereka yang menyembunyikan apa yang telah Allah wajibkan untuk menzahirkannya.

- Imam Muhammad bin Isma'il As-Son'ani rahimahullah.