Meraih Kebahagiaan Tanpa Batas Go to product page

  • Product Code: BL-0027
  • Availability: In Stock
RM14.00

Judul: Meraih Kebahagiaan Tanpa Batas
Penulis: Ummu Ihsan Choiriyah & Abu Ihsan Al-Atsary
Penerbit: Rumah Ilmu
Muka Surat: 187 m/s (Soft Cover)
Berat: 207gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 20.1cm x 14.1cm x 0.9cm 

     
Andai kita tanyakan kepada setiap orang, yang mukmin mahupun yang kafir, yang taat mahupun yang fajir, yang kaya mahupun yang fakir, “Apa yang anda inginkan dalam hidup ini?” Nescaya mereka semua akan memberikan jawapan yang sama, “Saya inginkan kebahagiaan”.

     
Mereka berhempas pulas membanting tulang, pergi pagi pulang petang, mengejar harta demi memperoleh kebahagiaan. Mereka begitu bercita-cita mengejar kedudukan demi mencapai kebahagiaan. Sementara yang lain bergelut dengan syahwat untuk mengejar kebahagiaan. Begitu pula seorang mukmin beribadah dan beramal untuk meraih kebahagiaan.

 
    Demikianlah setiap orang mengerahkan segenap usaha dan kemampuan, demi meraih satu tujuan, hidup bahagia. Hidup penuh kedamaian dan ketenteraman, jauh dari kebimbangan, kegelisahan dan kesedihan. Hanya saja, ada satu titik perbezaan…

     
Orang yang tidak beriman, angan mereka hanya terpaut pada usaha mengejar kebahagiaan di dunia semata. Sedangkan orang beriman, merekalah hamba ALLAH yang sentiasa mendambakan kebahagiaan hidup di dunia dan juga kebahagiaan hidup di akhirat.

     
Kerana itu, hanya orang beriman yang akan mencapai kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan tanpa batas. Lalu apakah sarana menuju kebahagiaan itu? Bagaimanakah seorang hamba dapat bahagia di dunia dan di akhirat?

Antara Isi Kandungan:
=> Iman dan amal shalih adalah kunci utama
=> Janji ALLAH bagi orang yang bertakwa
=> Berbuat baik pada sesama
=> Sibukkan waktumu dengan aktiviti yang berguna
=> Lupakan kesedihan masa lalu
=> Buang kecemasan dan angan-angan masa mendatang
=> Lakukan yang terbaik untuk hari ini
=> Dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang
=> Jangan letakkan dunia di dadamu
=> Merenung dan bersyukurlah
=> Musibah apapun boleh saja menimpamu
=> Jadilah orang terkaya
=> Lihatlah ke bawah dan jangan mendongak ke atas
=> Pena telah terangkat dan tinta telah mongering
=> ALLAH sebaik-baik tempat mengadu dan meminta
=> Bertawakalah kepada ALLAH, nescaya Dia mencukupimu
=> Inilah dunia
=> Tak ada manusia yang sempurna
=> Yang selamat dari celaan manusia hanyalah orang gila
=> Jadilah manusia pemaaf
=> Jangan harapkan penghormatan dan ucapan terima kasih mereka
=> Ingatlah syurga ALLAH yang kekal selamanya