Musnad Imam Ahmad (22 Jilid) Go to product page

  • Brand: Pustaka Azzam
  • Product Code: BL-0015
  • Availability: Out Of Stock
RM2,200.00 RM1,760.00
Judul: Musnad Imam Ahmad (22 Jilid Lengkap - Hard Cover)
Judul Asal: Al-Musnad li Imaam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
Penyusun: Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (164H-241H)
Tahqiq dan Takhrij: Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1477H)
Penerbit: Pustaka Azzam
Berat: 37.4kg

Ini adalah salah satu kitab hadis Ahli Sunnah Wal Jama'ah, menjadi rujukan penting dalam bidang hadis, tafsir, fiqh, ‘aqidah, sirah, dan selainnya. Di dalamnya menghimpunkan ribuan hadis-hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam berserta atsar-atsar para sahabat yang diriwayatkan secara musnad (bersanad).

Syarat Imam Ahmad Dalam Al-Musnad

Al-Hafiz Ibnu Rajab rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

والذي يتبين من عمل الإمام أحمد وكلامه أنه يترك الرواية عن المُتهمين والذين كثر خطؤهم للغفعة وسوء الحفظ

“Dan yang nampak dari perbuatan dan perkataan Al-Imam Ahmad bahawasannya beliau meninggalkan riwayat orang-orang yang tertuduh (berdusta) dan orang-orang yang banyak kelirunya akibat kelalaian dan buruknya hafalan mereka.” (Syarh ‘Ilal at-Tirmidzi, 1/386)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

شرط (المسند) أقوى من شرط أبي داود في (سننه)، وقد روى أبو داود في (سننه) عن رجال أعرض عنهم أحمد في (المسند) ولهذا كان الإمام أحمد لا يروي في (المسند) عمن يعرف أنه يكذب مثل محمد بن سعيد المصلوب ونحوه، ولكن قد يروي عمن يُضَعَّف لسوء حفظه، فإنه يكتب حديثه ليعتضد به ويعتبر به

“Syarat kitab Al-Musnad lebih kuat berbanding syarat Abu Daud dalam Sunan-nya. Abu Daud telah meriwayatkan dalam Sunan-nya dari para perawi yang ditolak oleh Ahmad dalam Al-Musnad. Oleh sebab itu, al-Imam Ahmad tidaklah meriwayatkan dalam Al-Musnad dari perawi yang diketahui telah sering berdusta seperti Muhammad B. Sa’iid Al-Mashluub dan yang lainnya. Akan tetapi beliau adakalanya meriwayatkan dari para perawi yang dilemahkan kerana buruknya hafalannya. Perawi tersebut ditulis hadisnya untuk menguatkan (hadis lain) dan dijadikan sebagai i’tibar.” (Majmu’ al-Fataawaa, 18/26)

Darjat Hadis dalam Al-Musnad

Al-Haafiz Abu al-Qaasim at-Tamiimi rahimahullah berkata:

لا يجوز أن يقال ؛ فيه السقيم، بل فيه الصحيح والمشهور والحسن والغريب

“Tidak boleh untuk dikatakan: Padanya ada hadis saqiim (lemah). Akan tetapi, padanya terdapat hadis sahih, masyhuur, hasan, dan ghariib.” (Al-Mish’adul-Ahmad, m/s. 34)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

وقد تنازع الناس: هل في مسند الإمام أحمد حديث موضوع؟ فقال طائفة من الحفاظ كأبي العلاء الهمداني و غيره: ليس فيه موضوع، و قال بعض العلماء كأبي الفرج ابن الجوزي: فيه موضوع

“Orang-orang berselisih pendapat: ‘Adakah di dalam Musnad Imam Ahmad terdapat hadis maudhu’ (palsu)?

Sekelompok huffaaz (para penghafaz hadis) seperti Abul-‘Alaa’ Al-Hamdaani dan selainnya berkata: “Tidak ada padanya hadis maudhu’.”

Sebahagian ulama seperti Abul-Farj B. Al-Jauzi berkata: “Padanya terdapat hadis maudhu’.” (Majmuu’ al-Fataawaa, 18/26. Al-Mish’adul-Ahmad, m/s. 35)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

ليس في (مسند أحمد) حديث لا أصل له إلا ثلاثة أحاديث أو أربعة، منها حديث عبد الرحمن بن عوف: أنه يدخل الجنة زحفا، والاعتذار عنه أنه مما أمر الإمام أحمد بالضرب عليه فتُرك سهوا

“Tidak ada dalam Musnad Ahmad hadis yang tidak ada asalnya, kecuali tiga atau empat hadis saja. Di antaranya hadis ‘Abdurrahmaan B. ‘Auf, bahawasannya ia masuk Syurga dengan merangkak. Alasannya adalah bahawa hadis ini termasuk yang diperintahkan Al-Imam Ahmad untuk dibuang, namun ternyata ia ditinggalkan kerana lupa.” (Ta’jiilul-Manfa’ah, sebagaimana disebutkan dalam Tadwiin as-Sunnah an-Nabawiyyah, m/s. 99)