Pegangan Ahli Sunnah Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka

Pegangan Ahli Sunnah Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka

RM25.00
  • Product Code: DAA-0001
  • Availability: Out Of Stock
Judul: Pegangan Ahli Sunnah Dan Pendustaan Zamihan Terhadap Ulama Mereka
Penulis: Dr. Azwira Abdul Aziz
Penerbit: Pustaka al-Ikhlas Enterprise
Muka Surat: 232 m/s (Soft Cover)
Berat: 365gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 22.7cm x 15.2cm x 1.4cm

     Mentohmah orang lain di depan khalayak ramai dengan tidak memberi peluang kepada yang ditohmah untuk menjawabnya adalah termasuk dalam suatu bentuk kezaliman. Perkara ini lebih memalukan lagi jika ia dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz.

     Apabila ada orang yang menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim sebagai mujassimah dan musyabbihah (ALLAH itu berbadan dan menyerupai makhluk), muncul pertanyaan: "Adakah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim itu tidak beriman dengan ayat:

     "Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat, Sifat dan Pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (Asy-Syura, 42: 11)


     Buku ini patut dibaca oleh mereka yang dituduh sebagai sesat demi mempertahankan ajaran Nabi 
صلى الله عليه وسلم  dan menolak syubhat yang datang daripada ahli bid'ah. Buku ini juga menunjukkan cara ahli bid'ah melakukan jenayah ilmiah dalam memutarbelitkan kenyataan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sehingga ramai yang dikelirukan sehingga al-Sunnah dianggap bid'ah dan bid'ah dianggap al-Sunnah.

     Semoga dalil-dalil yang dikemukan di dalam buku ini adalah terang dan senang difahami dalam membantah tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh saudara Zamihan al-Ghari. Selamat membaca!

Antara Isi Kandungan:
=> Kata Pengantar oleh Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
=> Prakata Penerbit
=> Bab 1: Sunnah Nabi: Antara Cabaran & Tohmahan
=> Bab 2: Tohmahan Pertama: Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim Pencetus Fahaman Tajsim Dan Tashbih
=> Bab 3: Tohmahan Kedua: Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil
=> Bab 4: Tohmahan Ketiga: Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar
=> Bab 5: Tohmahan Keempat: Muhammad Ibn 'Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Tempat Munculnya Tanduk Syaitan 
=> Bab 6: Tohmahan Kelima: Muhammad Ibn 'Abd Al-Wahhab Mendakwa Nabi Adam Melakukan Syirik
=> Bab 7: Tohmahan Keenam: Muhammad Ibn 'Abd Al-Wahhab Mentafsirkan Kalimah Syahadah Dengan Tafsiran Yang Menyalahi Ijma'
=> Bab 8: Tohmahan Ketujuh: Para Pendukung Sunnah Malaysia Menyemai Bibit Perpecahan, Fahaman Radikal Dan Anti Kerajaan 
=> Bab 9: Tohmahan Kelapan: Al-Albani Banyak Membuat Kesilapan Dan Percanggahan Dalam Penilaian Darjat Hadis
=> Bab 10: Tohmahan Kesembilan: Pendukung Sunnah Di Malaysia Tidak Faham Konsep Bid'ah
=> Bab 11: Tohmahan Kesepuluh: Para Pendukung Sunnah Malaysia Sebenarnya Adalah Penentang Sunnah Lagi Jahil Tentang Kaedah-Kaedah Fiqh Dan Usul Fiqh
=> Bab 12: Tohmahan Kesebelas: Para Pendukung Sunnah Malaysia Menolak Ijma' Dan Merupakan Pembuat Bid'ah Yang Sebenar
=> Penutup
=> Rujukan

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good