Pengurusan Jenazah Mengikut Al-Quran & Sunnah

Pengurusan Jenazah Mengikut Al-Quran & Sunnah

Pengurusan Jenazah Mengikut Al-Quran & Sunnah

RM25.00

Judul: Pengurusan Jenazah Mengikut Al-Quran & Sunnah | Penulis: Pn. Mariah Muhammad | Disemak oleh: Ustaz Muhd Fadzil bin Kamaruddin | Muka Surat: 164 m/s  (Soft cover)


Sesungguhnya benar firman Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Sesungguhnya kematian akan datang pada dan dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah Ya Hayyu Ya Qayyum dari azali. Kebiasaannya yang kita ketahui kematian akan diiringi dengan penyakit yang dialami sehingga membawa maut. Ada yang kita dengar kematian datang dengan mengejut melalui malapetaka seperti banjir, tanah runtuh, bangunan runtuh, tenggelam lemas, gempa bumi, ribut taufan, pembunuhan juga kezaliman dan ada juga yang ditimpa dengan kemalangan berbagai kenderaan. Na'uzubillah, apa pun cara dan bila pun masa, ajal tetap akan kita temui.

Kita berusaha untuk memahami agama yang hak dalam akidah, ibadah, akhlak dan muamalah seharian dalam kehidupan iaitu memahami agama seperti yang diajar oleh Rasul SAW. Kita juga semestinya berusaha untuk memahami dan melaksanakan bila datangnya kematian menurut Rasul SAW.

Maka dengan itu sangat mengharapkan semoga buku ini dapat dimanfaatkan supaya hidup dan mati kita juga berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasul SAW.

ISI KANDUNGAN:

A) Kewajipan Pesakit
B) Menziarahi Pesakit
C) Kewajipan Keluarga Jenazah
D) Menziarahi Jenazah
E) Wasiat
F) Mandi Jenazah
G) Kafan Jenazah
H) Solat Jenazah
I) Pengusungan dan Pengkebumian Jenazah
J) Amalan Tidak Sunnah dalam Pengurusan Jenazah

Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang digunakan disertakan bersama rujukan. Wallahu a'lam

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good