(Buku Poket) Pernikahan Menurut Sunnah Go to product page

(Buku Poket) Pernikahan Menurut Sunnah
RM12.00

Judul: Pernikahan Menurut Sunnah | Penulis: Ahmad Sabri bin Jinlapudin | Penerbit: Hadaya Publications & Distributors | Disemak oleh: Ustaz Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya | Muka Surat: 183 m/s (Soft cover)


Tulisan dalam buku ini merupakan sebahagian daripada petunjuk-petunjuk Islam yang bersumber daripada Al-Quran dan hadis-hadis sahih, mengupas mengenai selok-belok perkahwinan.

Islam yang agung ini tidak meninggalkan satu sudut dari jiwa kemanusiaan pun kecuali Islam benar-benar telah meletakkan garis panduannya sebagai satu method dan jalan penyelesaian sehingga keperibadian seseorang itu menjadi seimbang dan sempurna. Begitu juga apabila membicarakan tentang perkahwinan, ia adalah suatu syariat dan ia merupakan ibadah, yang disediakan garis panduan yang jelas untuk melaksanakannya dari permulaan hingga ke pengakhirannya.

Dalam permasalahan perkahwinan, begitu banyak kaum Muslimin pada hari ini tidak lagi mengendahkan peraturan-peraturan dan petunjuk Islam. Ada yang menyimpang dari Islam laksana manusia pada zaman jahiliyah yang disimbolkan dengan kebebasan, dan banyak juga adat-adat masyarakat setempat yang tidak mengikut garis panduan syarak dalam melaksanakan ibadah perkahwinan.

Maka, buku ini cuba mengupas persoalan- persoalan penting di dalam mendirikan rumah tangga, bermula daripada memilih, melamar, meminang, menikah dan mengadakan kenduri walimah, seterusnya hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan selepas perkahwinan termasuk menghadapi malam pertama, bersuci, tanggungjawab suami dan isteri, adab dengan mertua dan ipar, serta apa sahaja yang dirasakan perlu dan berkaitan.

Semoga penulisan dalam buku ini sedikit sebanyak mampu memberi manfaat kepada penulisnya sendiri dalam menghadapi alam baru kehidupan berumah tangga, serta para kepada para pembaca yang dirahmati oleh Allah sekalian dalam mendirikan rumah tangga disulam dengan kebahagiaan, kasih sayang dan sikap belas kasihan berlandaskan kepada petunjuk syarak insyaAllah.

Semoga penulis dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penerbitan buku ini mendapatkan ganjaran yang berlimpah daripada Allah ‘azza wa jalla, atas kegigihan dan kesungguhan mereka dalam usaha menegakkan hukum-Nya, terutamanya yang berkait dengan kehidupan berumah tangga. Wallahu a'lam