Revolusi Rafidhah Yaman Go to product page

RM20.00

Judul: Revolusi Rafidhah Yaman
Penulis: Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resources
Muka Surat: 220 m/s (Soft Cover)
Berat: 360gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 21cm x 14.9cm x 1.3cm


     Benarkah Syi'ah Zaidiyyah itu merupakan kelompok Syi'ah yang paling dekat dengan Ahli Sunnah? Benarkah mereka tidak mengkafirkan para sahabat? Apakah yang menyebabkan mereka terkeluar daripada lingkungan Ahli Sunnah?

     Hakikatnya ramai yang menganggap Syi'ah Zaidiyyah kelompok yang paling hampir dengan Ahli Sunnah tanpa meneliti perbezaan ketara dari sudut usul akidah dan sejarah perubahan dan revolusi yang berlaku dalam Zaidiyyah.

     Buku ini merupakan usaha kecil penulis bagi merungkai sejarah ringkas Syi'ah Zaidiyyah, bagaimana awal kemunculannya? Benarkah pengasasnya terpengaruh dengan fahaman muktazilah? Dan bagaimana Syi'ah Zaidiyyah di Yaman mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga ia bertukar menjadi Syi'ah Rafidhah Imamiyyah? 

     Semoga usaha kecil ini dapat membantu menjernihkan kefahaman masyarakat berkenaan pengaruh Rafidhah terhadap Zaidiyyah di Yaman.

Antara Isi Kandungan Menarik:
=> Definisi Syi'ah
=> Peranan Abdullah bin Saba'
=> Kemunculan Rafidhah Bermula dari Tasyayyu' (Ideologi Syi'ah)
=> Sejarah Zaidiyyah dan Perkembangannya
=> Daripada Zaidiyyah Kepada Rafidhah
=> Pecahan Kelompok Zaidiyyah
=> Zaidiyyah di Yaman 
=> Kemunculan Gerakan Al-Houthi
=> Husain Al-Houthi dan Pemberontakan Awalnya 
=> Revolusi Al-Houthi 
=> Hadis, Atsar Salaf dan Pendirian Ulama Ahli Sunnah Terhadap Zaidiyyah dan Rafidhah 
=> Lampiran