Sifat Solat Nabi ~ Dari Takbir Hingga Salam Go to product page

  • Product Code: DSN-0005
  • Availability: In Stock
RM25.00

Judul: Sifat Solat Nabi ~ Dari Takbir Hingga Salam
Penulis: Syeikh Nasiruddin Al-Albani
Penterjemah: Abdul Razak bin Mohamed
Ditashih Oleh: Dr. Sulaiman Noordin, Dr. Mohamad Sabri Haron, Dr. Aminuddin Basir @ Ahmad, Ustaz Hakim Zainal, Mabruri Mohammad Sai
Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
Muka Surat: 290 m/s (Soft Cover)
Berat: 595gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 22.8cm x 15.6cm x 1.7cm


     Buku ini merupakan buku yang sangat penting bagi rukun Islam yang kedua demi untuk menunaikan ibadah solat dengan sempurna. Ia ditulis oleh seorang mujaddid abad ke-20, Syeikh Nasiruddin Al-Albani (rahimahullah) dari Jordan.

     Buku ini sangat perlu dibaca bagi membetulkan serta menyempurnakan solat yang anda kerjakan lima kali setiap hari. Nabi telah memberi berita gembira kepada orang yang mengerjakan solat mengikut cara baginda dengan jaminan masuk syurga daripada ALLAH.

     Buku ini adalah hasil terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Abdul Razak bin Mohamed di Universiti Ummul Qura daripada kitab asli berjudul "Sifat Solat An-Nabi. Min At-Takbir Ila At-Taslim Kaannaka Taraha", oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani (rahimahullah) Edisi 17 Sya'ban 1410H.

Antara Isi Kandungan:
=> Faktor Penulisan
=> Pendapat Para Imam Mazhab Terhadap Tuntutan Mengikut Sunnah 
=> Bab Menghadap Kaabah (Kiblat)
=> Bab Solat Di Atas Kapal
=> Bab Niat
=> Bab Takbir 
=> Bab Doa Iftitah 
=> Bab Bacaan Dalam Solat
=> Bab Bacaan Ayat Satu Persatu 
=> Bab Rukuk 
=> Bab Sujud
=> Bab Ucapan Salam