Sihir ~ Cara-Cara Mengusir, Melawan & Merawatnya Mengikut Al-Quran & Sunnah

Sihir ~ Cara-Cara Mengusir, Melawan & Merawatnya Mengikut Al-Quran & Sunnah

RM16.00
  • Product Code: URD-0008
  • Availability: Out Of Stock

Judul: Sihir ~ Cara-Cara Mengusir, Melawan & Merawatnya Mengikut Al-Quran & Sunnah
Penulis: Ustaz Rasul Bin Dahri
Penerbit: Syarikat Ummul Qura Enterprise 
Muka Surat: 167 m/s (Soft Cover)
Berat: 268gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 20.9cm x 14.8cm x 0.9cm


     Iblis dan para pengikutnya yang terdiri dari syaitan jenis jin, bukan sahaja bekerja keras untuk menjadikan Bani Adam sesat dan syirik, tetapi mereka juga berusaha agar manusia ditimpa berbagai-bagai masalah, penderitaan dan penyakit melalui perbuatan sihirnya.

     Orang-orang yang sering menjadi mangsa syaitan melalui sihir (ilmu hitam) adalah mereka yang jahil, lalai, tidak mengendahkan ajaran agama, ingkar dan meninggalkan perintah ALLAH SWT yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

     Sesungguhnya apabila syaitan telah masuk ke dalam rumah, maka ia akan membuat kerosakkan di dalamnya, menimbulkan perpecahan antara anak dengan ibu bapa, perceraian antara suami dan isteri serta mengubah kasih sayang menjadi perseteruan.

     Oleh itu, penulis telah menulis buku ini untuk memberitahu seorang Muslim bagaimana cara untuk membentengi rumah mereka dari musuh yang paling keji iaitu syaitan yang terkutuk.

Antara Isi Kandungan Menarik:

=> Hakikat Sihir
=> Syaitan Menyesatkan dan Menyihir Bani Adam
=> Pertolongan Syaitan Melalui Perjanjian dan Pemujaan
=> Sihir Tidak Memberi Kesan
=> Tukang Sihir & Paranormal Menentang Ayat Allah
=> Asal Usul Sihir
=> Bolehkah Menolak Sihir Dengan Sihir?
=> Bolehkah Mempelajari Sihir?
=> Tanda-Tanda Dukun & Tukang Sihir
=> Cara-Cara Mengubati, Melawan & Menjauhkan Sihir 
=> Perlindungan Diri & Keluarga Dari Gangguan Sihir

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good