Syarah Hadis Jibril Go to product page

RM10.00

Judul: Syarah Hadis Jibril
Penulis: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaymeen
Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf Resource
Penterjemah: Maktabah Dar ar-Rakhis Enterprise
Muka Surat: 158 m/s (Soft Cover)
Berat: 228 gram

     Buku ini adalah hasil terjemahan dari syarahan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaymeen tentang hadis Jibril. Hadis tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih sehingga tidak kelihatan tanda-tanda perjalanan. Malahan tidak ada seorang sahabat pun yang mengenali lelaki itu.

     Lalu terjadilah soal jawab di antara lelaki itu dengan Nabi
tentang Islam, Iman, Ihsan, Hari Kiamat dan tanda-tandanya. Setelah terjadi soal jawab itu, maka pergilah lelaki tersebut. Lalu Nabi bertanya kepada Umar, tahukah dia siapa lelaki itu. Umar menjawab Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: “Dia adalah Jibril yang datang mengajarkan kamu semua tentang agama kamu semua.”

     Melalui hadis Jibril di atas, maka Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaymeen telah mensyarahkan hadis ini dan terhasillah buku yang berada di depan pembaca sekarang.

     Semoga buku ini memberi kita kefahaman yang lebih terhadap agama Islam yang kita cintai ini, Insya Allah.
    
Isi Kandungan:

=> Nas Hadis
=> Muqaddimah
=> Iman
=> Rukun Iman
=> Rukun Yang Pertama: Beriman Kepada Allah
=> Rukun Yang Kedua: Beriman Dengan Malaikat
=> Rukun Yang Ketiga: Beriman Dengan Kitab-KitabNya
=> Rukun Yang Keempat: Beriman Dengan Para RasulNya
=> Rukun Yang Kelima: Beriman Dengan Hari Akhirat
=> Rukun Yang Keenam: Beriman Dengan Takdir Yang Baik dan Yang Buruk
=> Ihsan
=> Ihsan Kepada Hamba Allah
=> Ihsan Kepada Allah
=> Kiamat dan Tanda-Tandanya