Syarah Riyadhus Shalihin oleh Syaikh Al-Utsaimin (6 Jilid) Go to product page

  • Brand: Darus Sunnah
  • Product Code: BL-0020
  • Availability: Out Of Stock
RM410.00

Judul: Syarah Riyadhus Shalihin oleh Syaikh Al-‘Utsaimin | Judul Asal ('Arab): Syarh Riyadhus ShalihinPenulis asal: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Syarah dan Penjelasan: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Darus Sunnah


Kitab yang menghimpunkan hadis-hadis sahih secara ringkas yang mencakupi pelbagai aspek yang dapat dijadikan sebagai jalan bagi manusia untuk menuju kepada kehidupan akhirat yang menghasilkan adab-adabnya secara zahir mahupun batin, iaitu hadis-hadis tentang sifat zuhud, penyucian jiwa dan akhlak, tentang menjaga anggota-anggota tubuh dan terapi rawatannya dan lain-lain.

Method yang digunakan oleh Imam An-Nawawi adalah dengan menyebutkan beberapa ayat-ayat Al-Qur'an, kemudian mengemukakan hadis-hadis sahih yang dikumpulkan dari kitab-kitab hadis sahih yang masyhur, dan dijelaskan maksud hadis-hadis tersebut jika ianya samar. Buku ini kemudian disyarahkan pula oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al-'Utsaimin dengan ditakhrij hadis-hadis yang terkandung di dalamnya.

Kitab ini diharap dapat menjadi pembimbing kepada kebaikan bagi orang-orang yang menaruh perhatian dengan bersungguh-sungguh, sekaligus dapat mencegahnya dari keburukan dan hal-hal yang mencelakakan.