Syarah Shahih Muslim (12 Jilid) Go to product page

  • Brand: Darus Sunnah
  • Product Code: BL-0021
  • Availability: 2-3 Days
RM1,320.00 RM858.00
Judul: Syarah Shahih Muslim (12 Jilid)
Judul Asal (‘Arab): Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim lin Nawawi
Penulis: Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H)
Penerbit: Darus Sunnah
Tahqiq: Khalil Ma’mun Syiha
Berat: 19.2kg

Syarah Shahih Muslim susunan Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) ini adalah himpunan kitab yang mensyarahkan maksud hadis-hadis yang terdapat dalam Kitab Shahih Muslim, iaitu termasuk sebuah kitab hadis yang kita maklum sebagai kitab yang paling sahih setelah Al-Qur’an. Ia merupakan kitab yang masyhur di kalangan umat Islam dan menjadi rujukan dunia Islam Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sama ada di peringkat pelajar, pencinta ilmu, sarjana, mahupun ilmuan (ulama) dan rujukan dalam agama itu sendiri secara umum.

Apabila disebutkan sahaja hadis-hadis dari kitab Shahih Muslim, pasti umat akan tertumpu untuk melihat serta mengetahui fiqh huraian dan penjelasannya. Dan tidak lain, pasti Syarah Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi-lah antara yang pertama sekali menjadi fokus, di samping kitab-kitab Syarah yang lainnya. Manakala bagi Syarah Shahih Al-Bukhari, para ilmuan akan tertumpu pula kepada karya besar dengan judul Fathul Bari karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah di samping karya-karya Syarah lainnya seperti milik Badr Al-Din Al-‘Ani dan Al-Hafiz Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahumullaah.

Syarah Shahih Muslim ini beliau susun dengan bab-babnya, penjelasan perkataan-perkataan hadisnya, huraian hadisnya, kemudian berdasarkan kefahaman dari tokoh-tokoh ulama terdahulu baik dari mazhab Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i, Hanbali, atau selainnya dari tokoh-tokoh berkaliber dari kalangan sahabat dan tabi’in, serta setelahnya seumpama Sufyan Ats-Tsauri, Hasan Al-Bashri, Ibnu Al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih, dan yang lain lagi seperti Imam Ibnu Hazm Adz-Dzahiri. Lalu kemudian beliau tegaskan atau tetapkan sama ada terdapat ijmak pada satu-satu perbahasan tertentu atau jika berlaku khilaf dalam kalangan para ulama sebelumnya atau pada zamannya, maka beliau pun tetapkan dengan tarjih yang terkuat dari sisi pandang beliau atau berdasarkan salah satu mazhab fiqh.

Kitab Shahih Muslim, atau Syarah Shahih Muslim ini; hadis-hadis yang terhimpun di dalamnya antaranya mencakupi perbahasan dalam bidang aqidah, iman, kitab ilmu dan wahyu, adab dan akhlak, fiqh ibadah (seperti thaharah, tayammum, solat, haji, umrah, zakat, dan lainnya), fiqh mu’amalah (seperti jual beli, riba’, pinjaman, luqathah, dan lainnya), fiqh makanan dan minuman, fiqh jihad, fiqh hudud, tazkiyatun nufus, keutamaan para sahabat, fiqh doa dan dzikir, zuhud, tafsir, serta yang lainnya.

JILID 1: Bab Mukaddimah (Penting) & Kitab al-Iman.
JILID 2: Kitab Iman, Kitab Thaharah (bersuci), dan Kitab Haidh.
JILID 3: Kitab Solat, Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat.
JILID 4: Kitab Masjid dan Tempat-tempat Solat, Kitab Solat Musafir, Kitab Solat Jumaat, Kitab Solat Dua Hari Raya, Kitab Solat al-Istisqa', Kitab solat al-Kusuf (gerhana), Kitab al-Jana'iz (Jenazah).
JILID 5: Kitab al-Jana'iz, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab I'tikaf, dan Kitab Haji.
JILID 6: Kitab Haji dan Kitab Nikah.
JILID 7: Kitab Nikah, Kitab Penyusuan, Kitab Talak, Kitab Sumpah Li'an, Kitab Memerdekakan Hamba, Kitab Jual-Beli, Kitab Musaqah, Kitab Faraid.
JILID 8: Kitab Hibah, Kitab Wasiat, Kitab Nadzar dan Sumpah, Kitab Qasamah, Kitab Kelompok Penyamun, Kitab Qishash dan Diyat, Kitab Hudud, Kitab Penghakiman, Kitab Luqathah, Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan.
JILID 9: Kitab Jihad dan Ekspedisi Peperangan, Kitab Pemerintahan, Kitab Haiwan Buruan, Kitab Sembelihan dan Haiwan Yang Halal Dimakan, Kitab Haiwan Korban, Kitab Minuman, Kitab Pakaian dan Perhiasan.
JILID 10: Kitab Pakaian dan Perhiasan, Kitab Adab, Kitab Ucapan Salam, Kitab Lafaz-lafaz Yang Berkaitan dengan Etika, Kitab Sya'ir, Kitab Mimpi, Kitab Keutamaan Beberapa Perkara.
JILID 11: Kitab Keutamaan Beberapa Perkara, Kitab Keutamaan Para Sahabat, Kitab Sopan-Santun, Silaturrahim, Kitab Adab, Kitab Takdir, Kitab Ilmu, Kitab Dzikir, doa, Taubat, dan Istighfar.
JILID 12: Kitab Dzikir, Do'a, Taubat dan Istighfar, Kitab Sifat Orang Munafiq dan hukum tentang mereka, Kitab Sifat Hari Kiamat, Syurga dan Neraka, Kitab bentuk Kenikmatan Syurga dan para Penghuninya, Kitab Fitnah dan Tanda-tanda Hari Kiamat, Kitab Zuhud dan Kelembutan Hati, Kitab Tafsir.