Tafsir Ath-Thabari (26 Jilid) Go to product page

  • Brand: Pustaka Azzam
  • Product Code: BL-0022
  • Availability: Out Of Stock
RM2,500.00 RM1,750.00

Judul: Tafsir Ath-Thabari (26 Jilid Lengkap)
Judul Asal ('Arab): Jaami’ al-Bayaan fii Ta’wil Al-Qur’aan
Penulis: Imam Abu Ja’far B. Jarir ath-Thabari rahimahullah (Wafat: 310H)
Penerbit: Pustaka Azzam
Berat: 31kg



Kitab Tafsir ath-Thabari adalah di antara kitab tafsir kitab yang cukup lengkap dan agung dalam menafsirkan al-Qur’an berpandukan himpunan riwayat-riwayat dari perkataan para salaf (Sahabat, Tabi’in, dan Tabi'ut Tabi’in).

Imam ath-Thabari rahaimahullah (Wafat: 310H) telah mengatakan ketika menulis kitab ini, “Ketika aku berusaha menjelaskan Tafsir al-Qur’an dan menerangkan makna-makna yang Insya-Allah menjadi kitab yang mencakupi setiap perkara yang perlu diketahui oleh manusia melebihi kitab-kitab lain yang ada sebelumnya. Aku berusaha menyebutkan dalil-dalil yang disepakati oleh seluruh ummat dan yang diperselisihkannya, menjelaskan alasan setiap mazhab yang ada dan menerangkan alasan yang benar berdasarkan pendapatku dalam setiap permasalahan yang berkaitan secara ringkas.” (Tafsir ath-Thabari 1/51)

Setiap tema perbahasan di dalam kitab ini mengandungi pendapat-pendapat yang dikuatkan dengan sanad-sanad dari ayat, hadis dan atsar-atsar para salaf pada setiap ayat al-Qur’an, sehingga buku ini mencakupi seluruh pendapat yang ada dari kalangan salaf (para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in), menunjukkan bahawa Tafsir beliau ini adalah Tafsir bil matsur yang mengemukakan method tafsiran ayat berdasarkan hadis-hadis Nabi dan kefahaman para salaf dari kalangan sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in.

Dalam muqadimah kitab ini beliau (Imam ath-Thabari) meminta kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menunjukkannya pendapat yang benar dalam menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an, mengenai ayat yang Muhkam, Mutasyabih, halal dan haram, umum dan khusus, global dan terperinci, nasikh dan mansukh, jelas dan samar, dan yang hanya menerima pentakwilan atau penafsiran. Imam ath-Thabari rahimahullah begitu bersungguh-sungguh dalam menjelaskan setiap perkara tersebut. Beliau meneliti dengan sangat sabar setiap hadis-hadis dan atsar yang menyentuh penafsiran ayat al-Qur’an dengan menjelaskan asbabun nuzul-nya (sebab turunnya), hukum-hukum, qira’at, dan beberapa perkataan yang maknanya perlu kepada penjelasan terperinci. Semua ini beliau lakukan dalam rangka menghasilkan kitab tafsir yang sempurna. Tidak menghairankanlah apabila hasil tafsir ini cukup besar dengan cetakan yang berjilid-jilid.