Tafsir Ibnu Katsir (Edisi 10 Jilid)

Tafsir Ibnu Katsir (Edisi 10 Jilid)

Tafsir Ibnu Katsir (Edisi 10 Jilid)

RM700.00 RM420.00

Judul: Tafsir Ibnu Katsir (Edisi Terbaru) | Judul Asal (‘Arab): Lubabut Tafsir min Ibn Katsir | Penulis: Imam Ibnu Katsir rahimahullah | Tahqiq: Syaikh Dr. 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 12.8kg | Muka Surat: 10 jilid lengkap beserta rak kecil.


Al-Hafiz ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il bin ‘Umar bin Katsir (Ibnu Katsir) adalah salah seorang ulama yang telah berhasil melakukan kajian tafsir dengan sangat hati-hati serta dilengkapi dengan hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang masyhur. Hal itu terbukti dengan ketelitiannya dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran yang mulia telah menjadikan kitab tafsirnya tersebut sebagai rujukan sekaligus bahan kajian bagi majoriti kaum Muslimin di seluruh dunia. Tidak diragukan lagi bahawa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir yang kandungan isinya tidak dicampur-adukkan dengan ilmu lain.

Dengan demikian, tafsir ini diharapkan dapat mencapai tujuan yang tinggi dan mulia, yaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus dan betul serta jalan pemahaman ulama Salafuh Solih iaitu penafsiran al-Quran dengan al-Quran, penafsiran al-Quran dengan hadis, dengan merujuk kepada pendapat para ulama Salafuh Solih dari kalangan para Sahabat dan Tabi’in dengan konsep dan kaedah bahasa Arab. Lalu DR. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh meringkas kitab ini dan memberi nama “Lubaabut Tafsiir”.

Dalam melakukan peringkasan kitab ini, beliau melihat cara terbaik adalah dengan membiarkan asal kalimat-kalimat yang ditulis oleh Ibnu Katsir sendiri, dan menghilangkan beberapa hal yang dianggap tidak perlu, seperti cerita, hadis-hadis dha’if, dan sebagainya.

Setelah dilakukan peringkasan, beliau melakukan beberapa penambahan :

  • Penafsiran tiga ayat dari surah al-Maidah. Nombor ayat-ayat tersebut adalah 97, 98, 99, dan akhir dari ayat 96.
  • Mentakhrij lebih dari 300 hadis yang dikemukakan penulis tafsir ini (Ibnu Katsir) tanpa ada komentar darinya.
  • Menisbatkan qira'at dan riwayatnya kepada para tokohnya secara rinci dan teliti, yang oleh penulis buku ini disampaikan secara ijmal (ringkas).
  • Menafsirkan lafaz-lafaz yang ditulis dalam kitab ini yang sulit difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.
  • Melakukan ralat terhadap sedikit kesalahan dalam kitab berkenaan dengan qira'at atau pun yang lain.

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good