Tafsir Surah Al-Mulk : Faedah & Kelebihan Menurut Sunnah

Tafsir Surah Al-Mulk : Faedah & Kelebihan Menurut Sunnah

Tafsir Surah Al-Mulk : Faedah & Kelebihan Menurut Sunnah

RM12.00

Judul: Tafsir Surah Al-Mulk : Faedah & Kelebihan Menurut Sunnah | Penulis: Ustaz Mohd Sulaiman bin Nuba | Penerbit: MSN Studio & Publication | Muka Surat: 88 m/s (Soft cover)


Mempelajari dan memahami serta mentadabbur Al-Quran Al-Karim adalah sebuah ibadah yang mempunyai pahala yang sangat besar daripada Allah 'azza wa jalla. Semakin bersungguh-sungguh seorang Muslim mempelajarinya, maka akan semakin bertambah ganjaran yang akan diperoleh daripada Allah subhanahu wa ta'ala. Bahkan mereka yang bersungguh-sungguh memahaminya akan memiliki hati yang hidup dan akan memperoleh ketenangan. Memahami Al-Quran juga adalah salah satu bentuk zikrullah (mengingati Allah).

Pada penulisan kali ini, penulis mengambil peluang untuk menghuraikan surah Al-Mulk, sebuah surah yang akan memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan dosa-dosanya, menjadi hujjah bagi pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam Syurga, membacanya setiap malam akan menyelamatkannya daripada azab kubur, dan Nabi mengajarkan kita membacanya sebelum tidur.

Semoga beroleh manfaat daripada tulisan ini dan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Al-Quran ini serta dapat membantu memahaminya sesuai dengan kefahaman yang diwarisi daripada generasi awal umat Islam.

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good