Talbis Iblis

Talbis Iblis

RM54.00
  • Product Code: BL-0040
  • Availability: Out Of Stock

Judul: Talbis Iblis
Penulis: Ibnul Jauzi
Dita’liq dan ditakhrij: Abul Harits Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari
Penerbit: Darus Sunnah
Muka Surat: 411 m/s (Hard Cover)
Berat: 810gram
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi): 24.9cm x 17cm x 2.5cm

     Iblis menyatakan permusuhan kepada manusia secara terang-terangan dan akan terus mengganggu Adam beserta anak keturunannya hingga datangnya hari Kiamat.

     Permusuhan ini berawal sejak Iblis diperintah oleh Allah Ta’ala untuk bersujud kepada Adam sebagai bentuk penghormatan, bukan sujud sebagai bentuk ibadah. Iblis menolak dengan penuh kesombongan kerana merasa lebih baik dan lebih utama dari Adam.

     Atas pengingkarannya ini, maka Allah melaknat dan mengusirnya dari syurga, bahkan Allah mengusirnya dari kedudukannya yang tinggi bersama para malaikat. Sejak hari itu, kemenangan silih berganti; kadang-kala di pihak syaitan dan para pengikutnya, dan kadang-kala pula berpihak kepada para kekasih Allah dan hamba-Nya.

     Para ulama tertarik untuk menulis sejarah pertempuran yang panjang ini. Mereka mengarang kitab-kitab demi mengingatkan kaum muslimin agar tidak terperosok ke dalam lubang-lubang perangkap Iblis, di antaranya adalah buku yang ada di hadapan pembaca ini, Talbis Iblis karya Ibnul Jauzi (wafat 550 H).

     Kitab Talbis Iblis ini diringkas, sekaligus dita’liq dan ditakhrij oleh Abu Al-Harits Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari dengan judul Al-Muntaqa An-Nafis min Talbis Iblis Lil Imam Ibn Al-Jauzi.

     Dalam buku ini, penulis membuang sanad hadis secara keseluruhan, membuang hadis yang tidak sahih dan terulang dalam satu tema, mentakhrij hadis-hadis sahih secara ringkas, membuang kisah dan cerita yang tidak banyak faedah, serta memberi catatan dan penjelasan yang dianggap perlu.

     Banyak pelajaran penting yang kita boleh dapatkan dari buku ini. Inilah yang hendak disampaikan penulis, agar setiap muslim mengawasi diri dari perangkap syaitan dengan pelbagai macam tipu dayanya.

     Selamat Membaca!


Antara Isi Kandungan Menarik:
=> Biografi Imam Ibnul Jauzi Rahimahullah
=> Bab 1: Perintah Untuk Berkomitmen Pada Sunnah dan Jamaah
=> Bab 2: Mengecam Bid’ah dan Para Pelaku Bid’ah
=> Terpecahnya Ahlul Bid’ah
=> Bab 3: Waspada Terhadap Fitnah Iblis dan Tipu Daya Muslihatnya
=> Syaitan Mengalir di Tubuh Manusia Seiring Aliran Darahnya
=> Berlindung Dari Syaitan yang Terkutuk
=> Bab 4: Godaan dan Tipu Muslihat Iblis
=> Bab 5: Godaan Iblis Dalam Keyakinan dan Ritual Agama
=> Prinsip Penyembahan Berhala
=> Godaan Iblis Kepada Kaum Khawarij
=> Pendapat Kaum Khawarij
=> Bab 6: Godaan Iblis Kepada Ulama Dalam Bidang Ilmu-Ilmu Agama
=> Tipu Daya Iblis Kepada Para Ahli Hadis
=> Mendekat Kepada Penguasa
=> Bab 7: Godaan Iblis Kepada Para Raja dan Penguasa
=> Bab 8: Godaan Iblis Kepada Ahli Ibadah Dalam Urusan Ibadah
=> Godaan Iblis Dalam Solat
=> Meninggalkan Hal-Hal yang Hukumnya Sunnah
=> Bab 9: Godaan Iblis Kepada Orang-Orang Zuhud dan Ahli Ibadah
=> Bab 10: Godaan Iblis Kepada Kaum Sufi yang Tergolong Dalam Orang-Orang Zuhud
=> Kaum Sufi dan Lapar
=> Hukum Nyanyian Menurut Kaum Sufi
=> Bunuh Diri Kerana Takut Melakukan Kemaksiatan
=> Hakikat dan Syariat
=> Syair Tentang Golongan Sufi
=> Bab 11: Godaan Iblis Kepada Orang Beragama Terkait Sesuatu Yang Mirip Karamah
=> Bab 12: Godaan Iblis Kepada Masyarakat Awam
=> Godaan Iblis Kepada Orang Miskin
=> Godaan Iblis Kepada Wanita
=> Bab 13: Godaan Iblis Kepada Semua Manusia Dengan Panjang Angan-Angan

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good