Tasfiyah & Tarbiyah: Solusi Masalah Umat

Tasfiyah & Tarbiyah: Solusi Masalah Umat

RM16.00

Judul: Tasfiyah & Tarbiyah: Solusi Masalah Umat
Judul Asal (Bahasa Arab): At-Tasfiyah wat Tarbiyah wa Hajatul Muslimin Ilaihima
Penulis: Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani
Penterjemah: Maktabah Dar ar-Rakhis
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Muka Surat: 243 m/s (Soft Cover)

Risalah yang bertajuk at-Taṣfiyah wa at-Tarbiyah wa Ḥājatul Muslimīna ilaihima merupakan salinan teks daripada kuliah yang disampaikan oleh al-Muhaddis as-Syaikh Muḥammad Nāṣiruddīn al-Albānī (masyhur dengan panggilan Syaikh Al-Albānī) di Ma’ahad as-Syar’ie, ‘Ammān, Jordan lebih kurang tiga puluh tahun yang lalu. Di dalam risalah ini, Syaikh menjelaskan tentang manhaj kebenaran yang perlu kita tempuhi, ia terhimpun di dalam dua perkataan, iaitu at-Taṣfiyah (pemurnian) dan at-Tarbiyah (pendidikan).

Beliau (Syaikh Al-Albānī) telah menghabiskan keseluruhan umurnya di atas manhaj ini, iaitu proses permurnian dan penyucian akidah daripada segala kerosakan, kebatilan, khurafat dan syirik yang telah bercampur di dalamnya. Beliau juga telah melakukan proses pemurnian ke atas sunnah Nabi ﷺ daripada perkara-perkara yang mencemarinya. Beliau membezakan antara hadis yang ṣaḥīḥ, ḥasan, ḍa’īf, mauḍū’ dan hadis-hadis yang tidak ada asalnya, serta membersihkan fiqh daripada pendapat-pendapat yang baru yang menyelisihi naṣ-naṣ yang jelas.

Kemudian beliau mendidik dirinya dan orang-orang di persekitaran dengan pendidikan berteraskan ajaran yang benar yang dibawakan oleh Nabi Muḥammad ﷺ. Beliau mengambil pendekatan untuk menyeru manusia bersatu membangunkan manhaj at-Taṣfiyah wa at-Tarbiyah ini. Lalu sekumpulan manusia daripada kalangan ulama dan penuntut ilmu menerima dakwah beliau, maka manhaj yang benar ini mula berkembang sehingga tersebar ke seluruh alam.


Kandungan:
=> Mukadimah
=> Khutbatul Hajah
=> Kaum Muslimin Ditimpa Kehinaan
=> Faktor Kaum Muslimin Ditimpa Kehinaan
Melakukan perbuatan yang haram dengan mencari helah untuk menghalalkan yang haram
Berlebihan di dalam sesuatu sehingga melupakan kewajiban syariat
=> Jalan Keluar daripada Kehinaan
=> Sikap Kita Terhadap Ikhtilaf
=> Kesan Bertaklid Buta
Rasūlullāh ﷺ bersedekap di dalam solat
Haramnya perkara yang memabukkan
Tidak sah nikah tanpa izin wali
Ijtihad yang salah tidak boleh dijadikan hukum
Pembunuh orang kafir tidak dibunuh
=> Kepentingan Tasfiyah dan Tarbiyah
=> Penutup

Write a review

Note: HTML is not translated!
  • Bad
  • Good